Sunday, July 10, 2016

TRANSFORMASI COVERSET SKYLINE


MY NEW WEAPON

Pada 2016 lepas saya membeli sebuah jentera Yamaha FZ150i model lama. Tujuan dibeli kerana sebelum ini sayat elah membeli Fering R^ klon dari rakan permotoran. Sayang pula bila dapat tahu dia ingin melepaskannya kepada orang lain.
Oleh itu saya sengaja mencari FZ model lama untuk dipadankan dengan fering tersebut. sayang pula nak dipasanag di jentera baru.








SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini saya reka semata-mata untuk menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan perjalanan saya bersama Demak Skyline yang baru saya miliki pada 11/12/2014.

Tuesday, May 3, 2016

MY NEW DEMAK SKYLINE

Pada tarikh 11/12/2014 saya telah membeli sebuah jentera permotoran berjenama Demak Skyline. Jentera ini merupakan motosikal berkuasa 200cc buatan syarikat Malaysia yang bertapak di Demak Industrial Centre di Kuching Sarawak.
Jentera ini saya beli di Inti Deras, Penampang dengan membuat pinjaman 100% dari AEON Credit. Belian tanpa deposit ini menyebabkan bayaran bulanan agak mahal, sekitar RM430 sebulan.
Apa yang menyebabkan saya berminat membeli jentera ini ialah kerana bventuk luarannya yang menarik berbanding dengan motosikal lain yang berkuasa jentera sekitar 200cc. 
Di samping itu reka bentuknya yang naked menarik perhatian saya disamping harganya yang murah sekitar RM9,900.00 berbanding jentera lain yang berharga belasan malah puluhan ribu. Sesuailah dengan kemampuan saya untuk membayar balik pinjaman nanti.